Tuesday 2 May 2017

PENGENALAN

APA ITU EKSA

EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Ia diterajui oleh MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010. Ianya bertujuan bagi meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat serta melahirkan idea dan aktiviti yang kreatif dan berinovasi.



TUJUAN EKSA


Tujuan penjenamaan semula nama 5S Sektor Awam kepada EKSA adalah untuk mewujudkan pelaksanaan Amalan 5S yang lebih korporat, fokus kepada persekitaran kerja yang kondusif, ke arah kepelbagaian agensi, mengutamakan kreativiti & inovasi dan ‘go-green’.